Lokasi: sebaris dengan Agro Bank, klik sini
Masa beroperasi: Cuti setiap hari Ahad. (Sila semak untuk masa sebenar beroperasi. Admin selalu pergi waktu makan malam sahaja.hehehe)
Telefon: 019-4735816
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Puan Jalilah Ishak, tokey Swissomelt telah mengadakan promosi yang istimewa setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.
Menarik menu yang telah dipilih untuk dipromosikan sepanjang bulan Ramadan ini. Dan yang paling menarik lagi, pada hari ini Puan Jalilah telah bersedekah kepada sesiapa sahaja yang melalui atau singgah di facebooknya. Menu yang menjadi pilihan untuk beliau bersedekah ialah mee nyonya a.k.a. mee kari.
Admin antara yang bertuah mendapat mee kari nyonya hari ini. Besar pahala bersedekah untuk berbuka puasa. Terima kasih kak. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya.
No comments:
Post a Comment