Friday, 23 June 2017

Jeti Sungai Tiram

Jeti Sungai Tiram terletak di Kampung Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan, Perak. Jalan masuk ke Kampung Sungai Tiram bermula dengan simpang tiga besar sebelum Kilang TYT ( kilang membuat sarung tangan yang besar di Lekir). Simpang tiga itu juga merupakan kawasan berlangsungnya Pekan Sabtu di Lekir dan Pasar Ramadan yang sedang berlangsung di bulan ini.

Setelah melepasi simpang tiga itu, anda perlu meneruskan perjalanan sehingga berjumpa simpang empat yang mempunyai papan tanda Kampung Parit Jerman. Sila belok ke kanan. Anda perlu meneruskan perjalanan sehingga hujung jalan. 

Di penghujung jalan tersebut, anda akan nampak jambatan untuk menyeberang ke seberang jalan. Jangan risau, jambatan besar, kereta anda pasti boleh melalui jambatan besar itu. Maka, sampailah anda di Jeti Sungai Tiram. 

Di kawasan jeti tersebut terbahagi kepada dua, satu bahagian dipanggil jeti Melayu dan satu lagi dipanggil jeti Cina. Kenapa dipanggil sedemikian rupa, kerana jeti-jeti tersebut dikendalikan oleh bangsa tersebut. Jeti Cina dikendalikan oleh tokey Cina dan jeti Melayu dikendalikan oleh tokey Melayu.

Jeti Cina, betul-betul di hujung sungai. Terus nampak laut.

Jeti Melayu berada di sebelah kiri, jika berhadapan dengan Jeti Cina. Berada di tepi sungai.

Apa hasil yang diperolehi di jeti tersebut? Hasil laut! Ikan yang segar, kerang dalam erti kata mudah, makanan laut yang segar. Tanpa perlu, anda berebut atau berpusu-pusu dengan orang lain yang mengetahui kedudukan jeti tersebut. 

Cantikkan? Admin beli 20 kg tau.

Mungkin anda sudah biasa ke Jeti Pantai Remis? Sesak bukan. Macam pesta! Setiap kali, bot yang membawa hasil laut mendarat di jeti. Tetapi ini tidak akan berlaku di Jeti Sungai Tiram. Suasana agak tenang. Itu yang menariknya.

Semoga pencarian Jeti Sungai Tiram akan anda temui. Semoga berjaya!


No comments:

Post a Comment