Di daerah Manjung, terdapat beberapa lokasi PARAM. Antaranya ialah
- di sebelah Stadium Manjung atau bersebelahan kawasan perumahan Fasa 1E
- di Pasar Awam Seri Manjung
- di belakang Pusat Jualan dan Servis Toyota Seri Manjung atau bersebelahan kawasan perumahan Taman Samudera
- di Astaka atau kawasan lapangan terbang Sitiawan atau berhampiran Pasar Awam Sitiawan
- di Pekan Ayer Tawar
- di Pekan Sabtu, Batu 10 Lekir
Terdapat pelbagai jenis hidangan dan masakan termasuklah minuman yang dijual kepada pengunjung. Hidangan tersebut pastilah membuka selera anda yang sememangnya berada dalam kelaparan. Harga mungkin berbeza antara lokasi PARAM tersebut. Sila buat perbandingan harga sebelum membeli.
nota kaki: Alhamdulillah admin masih belum lagi terbeli makanan yang sudah basi atau mempunyai ulat sebagaimana yang diwarwarkan di media sosial saban tahun.
No comments:
Post a Comment